Senarai nama penyelidik dan reka cipta UMS yang meraih pingat pada SIIF 2021.

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih dua pingat emas, empat perak dan empat gangsa dalam penyertaan Seoul International Invention Fair (SIIF) 2021, baru-baru ini.

Pingat emas pertama UMS dikutip melalui kumpulan penyelidik diketuai Prof Madya Ts. Dr. Edmund Ng Giap Weng dengan tajuk reka cipta DeColourAR: A Multi-Markes Interactive Augemented Reality Children Colouring Book.

Reka cipta bertajuk An Innovative Production Method of Interlocking Brick System for Green Building Construction pula meraih pingat emas kedua. Produk ini dihasilkan kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Ir. Dr. Abdul Karim Mirasa.

Sementara itu, pingat perak telah dimenangi melalui reka cipta UMS Eco-Solar Dryer, Trichogreen™:Valorizing Wastes, Strategies for Soluble Protein Production in E.Coli using Psychrophillic Co-Chaperane Expression System, dan reka cipta Learning Jawi through Multi-Marker AR and Gamification.

Bagi empat pingat gangsa pula diperoleh melalui reka cipta M-Salah Robot Module, UMS Eco-Solar House, GVScapes: Transforming the English Grammar and Vocabulary Learning Landscape, dan reka cipta Hybrid Polymer Film for Monitoring Fish Products.

Berlangsung di Seoul Korea Selatan, SIIF 2021 berlangsung selama empat hari secara hibrid.

Kesemua penyertaan reka cipta dan penyelidikan UMS dihantar secara dalam talian.

Untuk rekod, pertandingan reka cipta bertaraf antarabangsa itu disertai kira-kira 465 produkdari lebih 24 negara termasuk China, Amerika Syarikat, Russia, Taiwan, Indonesia, Thailand, Iran, Arab Saudi, Myanmar dan Singapura. – MalaysiaGazette