The vehicles are damaged in the flood following continuous heavy downpour at Hulu Langat, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 20 December 2021. Beberapa buah kenderaan milik penduduk yang musnah akibat dilanda banjir dua hari lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 DISEMBER 2021. death toll floods
The vehicles are damaged in the flood following continuous heavy downpour at Hulu Langat, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 20 December 2021. Beberapa buah kenderaan milik penduduk yang musnah akibat dilanda banjir dua hari lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (Takaful Malaysia), menyediakan perkhidmatan tunda percuma ke bengkel terdekat khusus untuk pelanggan takaful motor persendirian komprehensif yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam menyediakan bantuan segera serta memudahkan proses bantuan kepada pemegang sijilnya, para pelanggan
boleh berhubung melalui WhatsApp, kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Mohamed Sabri Ramli.

Mohamed Sabri Ramli

“Kami mempunyai pengalaman secara langsung berurusan dengan pelanggan yang terjejas akibat banjir. Disebabkan itulah, kami benar-benar memahami betapa dasyat impak terhadap kehidupan pelanggan yang bergelut dengan pasca bencana alam tersebut.

”Maka, inisiatif yang kami tawarkan melalui perkhidmatan tunda percuma ke bengkel terdekat kepada pelanggan bagi meringankan bebanan kewangan dan kebimbangan mereka pada masa yang mencabar ini,” katanya.

Pelanggan hanya perlu menghubungi talian bantuan Tele Bantuan 24 jam syarikat di 1800-888-788 atau memaklumkan melalui WhatsApp di 019-629 2680.

Pelanggan kami boleh segera memaklumkan tuntutan takaful motor mereka melalui WhatsApp dan syarikat akan mengaturkan serta mempercepatkan proses tuntutan tersebut,” jelas beliau. – MalaysiaGazette