JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang meninggal dunia malam tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.45 malam tadi di kediaman anaknya dekat Damansara, Kuala Lumpur.
Menurut Hasni, pemergian Menteri Besar Johor Ke-16 itu kehilangan besar kepada negeri dan politik di negeri ini.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,”katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Osman, 70, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sebelum ini dlaporkan mengalami strok.
Bagaimanapun, pada awal bulan lalu, keadaan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ayer Hitam itu dilaporkan stabil, meskipun belum pulih sepenuhnya.-MalaysiaGazette