Keadaan tempat letupan di kompleks mahkamah di Ludhiana, foto Press Trust of India

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam satu letupan di negeri Punjab di utara India pada hari Khamis.

Letupan berlaku di dalam kompleks mahkamah di daerah Ludhiana di negeri itu.

Bahan letupan itu dilaporkan disimpan di dalam bilik air.

Susulan letupan itu, dinding bilik air rosak dan cermin tingkap pecah.

Menurut laporan media, terdapat mogok peguam di mahkamah justeru hanya beberapa orang yang hadir di premis itu ketika letupan berlaku.

Tidak lama selepas letupan itu, amaran tinggi dibunyikan di seluruh Punjab dan polis diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di tempat awam. – Xinhua