Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib
Saari Sungib

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib tidak perlu menjadi batu api mengajak mangsa-mangsa banjir saman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwanya lewat bertindak menguruskan banjir yang melanda Lembah Klang

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyifatkan knyataan Saari itu seolah-olah PM bertindak in ‘bad faith’ dan ‘mala fide’ dan ia adalah tuduhan yang amat berat.

Malah, Shahril membidas dakwaan itu dengan menyatakan hujah yang digunakan oleh Saari Sungib adalah ini kerana Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri Selangor bukan menteri besar negeri itu.

”YB Hulu Kelang tidak perlu menjadi batu api mengajak mangsa-mangsa banjir saman Perdana Menteri. Sekarang masanya untuk kita bertindak menguruskan fasa pasca banjir.

”Untuk makluman YB Hulu Kelang, menunding jari tidak membina dan tidak produktif. Saya tak mahu politikkan isu ini.

”Banyak rumah yang perlu dibersihkan, jalan yang perlu diturap semula, mangsa yang kita pastikan dapat bantuan daripada kerajaan. Saya sarankan Saari Sungib teruskan beri khidmat yang terbaik kepada semua,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah beliau,  seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Noh Omar sebelum ini, di Selangor yang menguruskan banjir bukan Majlis Keselamatan Negara, tetapi Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Kerajaan Negeri Selangor memiliki akses kepada aset-aset kerajaan seperti Tentera.

Jawatankuasa ini pula dijawat oleh ketua polis negeri, panglima tentera negeri dan pegawai daerah,” jelas Shahril lagi.

Beliau mengulas kenyataan Saari yang menyeru mangsa banjir di Selangor yang merasa ‘dikhianati’ mengambil tindakan undang-undang di mahkamah terhadap perdana menteri.

ADUN Hulu Kelang itu mendakwa mendakwa Ismail Sabri tidak menghiraukan rayuan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang memohon bantuan segera ketika banjir semakin teruk pada malam Jumaat, 17 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Shahril meminta semua pihak berhenti tuduh menuduh.

Tegasnya, perdana menteri serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah memberi komitmen kepada menteri besar bahawa bantuan dan aset kerajaan persekutuan akan dan sudah pun mula bergerak pada hari Sabtu 18 Disember 2021.

Ini dibuktikan oleh ciapan menteri pertahanan yang memuat naik gambar Angkatan Tentera Malaysia telah pun berada di kawasan banjir sejak tengah hari Sabtu, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast