Florian Wirtz. Foto goal.com.

LONDON – Manchester United dilaporkan sedang mendahului persaingan untuk mendapatkan bintang muda terhangat Jerman, Florian Wirtz bernilai £60 juta dari Bayer Leverkusen.

Pemain berusia 18 tahun itu dianggap sebagai antara pemain muda terbaik ketika ini dan membuat penampilan sulung di Bundesliga tiga minggu selepas hari jadinya yang ke-17.

Dia juga sudah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Jerman dan pengendali sementara United, Ralf Rangnick difahamkan sudah mengenal pasti pemain tengah itu sebagai sasaran utamanya.

Selain United, Liverpool dan Chelsea juga dilaporkan mahu menandatangani pemain itu.

Wirtz masih mempunyai kontrak bersama Bayer Leverkusen sehingga 2026 dan United tahu mereka perlu membayar sejumlah wang yang tinggi sekiranya mahu membawa pemain itu ke Old Trafford. – MalaysiaGazette