Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada 2021 World Chinese Economic Forum (WCEF) in Malaysia di Sheraton Petaling Jaya Hotel, Petaling Jaya, Selangor Foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2021.

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Razak mengimbas kembali fitnah berkaitan projek hartanah Forest City di Johor yang dijadikan propaganda politik untuk menyerang dirinya ketika beliau menjadi perdana menteri.

Jelas beliau, sebelum tahun 2018, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Kerajaan Barisan Nasional ketika itu telah menjual kedaulatan negara kepada China kerana menawarkan 700,000 kewarganegaraan kepada warga republik tersebut untuk berpindah ke Forest City.

Tegas Ahli Parlimen Pekan itu, dakwaan tersebut jelas sekali satu pembohongan yang keterlaluan, perkauman dan menjijikkan.

Malah Mahathir yang ketika itu menjadi pembangkang pernah berjanji untuk membatalkan projek itu sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Bagaimanapun, sejurus selepas memenang pilihan raya 2018, Mahathir menukar pendiriannya.

“Tiba-tiba, mereka mengatakan projek Forest City telah memberi sumbangan yang besar kepada kerajaan, telah mewujudkan peluang pekerjaan, menggalakkan pemindahan teknologi dan inovasi dan telah memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan Malaysia.

“Sehinggakan Mahathir turut menghadiri majlis penyampaian sijil penghargaan kepada syarikat Forest City. Bayangkan daripada menjual kedaulatan kepada sijil penghargaan dalam tempoh setahun,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Pengerusi WCEF merangkap Pengasas dan Pengerusi International Strategy Institute (ISI), Cheah Chyuan Yong (dua kiri) menyempurnakan gimik perasmian pada 2021 World Chinese Economic Forum (WCEF) in Malaysia di Sheraton Petaling Jaya Hotel, Petaling Jaya, Selangor Foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2021.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi China Sedunia 2021 di sebuah hotel di sini hari ini.

Forum Ekonomi China Sedunia 2021 ialah forum tahunan yang menghimpunkan 250 delegasi yang terdiri daripada pemimpin dunia, kapten industri, usahawan baharu dan yang telah bertapak, pemimpin masa hadapan dan belia pemacu perubahan bagi membincangkan isu ekonomi melibatkan kuasa besar global yang semakin memuncak.

Najib yang merupakan perdana menteri keenam berkata, Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih negara pada 2018 telah membawa episod yang perit dalam hubungan Malaysia dan China.

Ia berlaku apabila Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dua lagi projek saluran paip minyak dan gas yang dibiayai China telah digantung, yang mana keputusan itu telah menjejaskan keyakinan komuniti pelabur dari China.

“Pada 2018, pelaburan langsung asing (FDI) merekodkan aliran masuk bersih yang lebih rendah sebanyak RM30.7 bilion berbanding RM40.4 bilion pada 2017.

“Pada 2019, aliran FDI ke Malaysia berkembang secara relatifnya lebih tinggi pada RM32.4 bilion walaupun jauh lebih rendah daripada 2017.

“Aliran itu sekali lagi menurun pada 2020 dengan aliran masuk bersih RM14.6 bilion, 55 peratus lebih rendah daripada 2019 iaitu terendah sejak 2009,” katanya. – MalaysiaGazette

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada 2021 World Chinese Economic Forum (WCEF) in Malaysia di Sheraton Petaling Jaya Hotel, Petaling Jaya, Selangor Foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2021.

3 Komen

  1. Betul lah tu Najib. 42 ibu juta ko bagi anak Cina Jho Lo. Buat mega projek nak tutup rompakan Jho lo ko jual semua projek pada Cina Komunis.
    Cina Komunis tu serang Persektutan Tanah melayu UMNO dan bangsa Melayu ramai terkorban.
    Najib patut jadi Ketua Prti Cina DAP bukan UMNO pejuang bangsa Melayu.
    Memang jel lah tempat yg sesuai untuk pekghaiant UMNO ni.

Comments are closed.