Former Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak talks to the media practitioners after the 2021 World Chinese Economic Forum (WCEF) in Malaysia at the Sheraton Petaling Jaya Hotel, Petaling Jaya, Selangor PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 27 DISEMBER 2021.
Former Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak talks to the media practitioners after the 2021 World Chinese Economic Forum (WCEF) in Malaysia at the Sheraton Petaling Jaya Hotel, Petaling Jaya, Selangor PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 27 DISEMBER 2021. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada media pada 2021 World Chinese Economic Forum (WCEF) in Malaysia di Sheraton Petaling Jaya Hotel, Petaling Jaya, Selangor Foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2021.

PETALING JAYA – Rakyat negara ini yang akan menilai sama kerajaan hari ini dapat  mengurus bencana banjir dengan berkesan atau sebaliknya, kata Datuk Seri Najib Razak.

Apa yang penting, kerajaan perlu belajar daripada pengalaman bencana ini agar lebih bersedia untuk menggerakkan jenteranya dengan efektif.

Bekas perdana menteri itu berkata, seperti sering yang ditegaskan sebelum ini, rakyat perlu diutamakan dalam apa jua keadaan, apatah lagi ketika berdepan bencana.

“Kita semua belajar daripada pengalaman ini dan saya berharap apabila banjir seterusnya berlaku, kita akan lebih bersedia untuk menggerakkan jentera dengan berkesan.

“Saya selalu berkata untuk mengutamakan rakyat dalam apa jua keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi China Sedunia 2021 di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau diminta memberi pandangan sama ada kerajaan sekarang telah berjaya menguruskan bencana banjir yang melanda beberapa negeri dengan berkesan di sebalik kritikan yang dilemparkan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Forum Ekonomi China Sedunia 2021 (WCEF) in Malaysia di Sheraton Petaling Jaya Hotel, Petaling Jaya, Selangor Foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2021.

Najib menambah, adalah penting bagi kerajaan untuk menggunakan jenteranya pada kadar segera apabila berdepan dengan sebarang bencana.

“Walaupun pukul 2 pagi atau 3 pagi, kerajaan mesti bersedia menggerakkan apa sahaja aset yang ada. Kerajaan memiliki aset yang tersedia seperti rizab perang yang boleh digunakan,” katanya.

Mengenai kritikan ke atas tindakan beberapa menteri bercuti atau hanya mengambil kesempatan bergambar di kawasan terjejas, Najib berkata, jawapannya mungkin sama untuk mengkritik pentadbiran kerajaan sekarang. – MalaysiaGazette

Zakat LZS