Antara 31 kenderaan mangsa banjir yang rosak dan tersadai tanpa dialihkan oleh pemilik sehingga hari ini hasil siasatan polis di lokasi. Gambar ihsan IPD Shah Alam

KUALA LUMPUR –  Pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir dan masih tersadai di tepi jalan dinasihatkan segera menundanya ke tempat lebih selamat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tindakan itu perlu disegerakan bagi mengelak unsur khianat atau dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Antara 31 kenderaan mangsa banjir yang rosak dan tersadai tanpa dialihkan oleh pemilik sehingga hari ini hasil siasatan polis di lokasi. Ihsan IPD Shah Alam

Beliau mengeluarkan hebahan terbabit selepas pemerhatian pasukannya mendapati sebanyak 31 buah kenderaan termasuk lori yang rosak akibat banjir dikesan masih tersadai dan dibiarkan di tepi jalan tanpa tindakan susulan oleh pemiliknya.

“Pada 18 hingga 22 Disember lalu, kejadian banjir di kawasan Pekan Sri Muda Seksyen 25 telah mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan banyak kenderaan-kenderaan rosak ditenggelami banjir.

Antara 31 kenderaan mangsa banjir yang rosak dan tersadai tanpa dialihkan oleh pemilik sehingga hari ini hasil siasatan polis di lokasi. Ihsan IPD Shah Alam

“Selepas banjir di kawasan Pekan Sri Muda Seksyen 25 telah surut, hasil rondaan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam mendapati kenderaan rosak yang ditinggalkan di tepi jalan masih belum dialihkan oleh pemilik masing-masing,” katanya dalam yang sama.

Tambah Baharudin, di Persiaran Budiman dari Bulatan Budiman Kuil menghala Bulatan Budiman Masjid, kenderaan yang masih belum ditunda oleh pemilik adalah tiga buah kereta iaitu Proton Saga Nombor pendaftaran WWR2978, lori bernombor pendaftaran WPL1690 dan kereta Mitsubishi bernombor plat BNC1880.

Antara 31 kenderaan mangsa banjir yang rosak dan tersadai tanpa dialihkan oleh pemilik sehingga hari ini hasil siasatan polis di lokasi. Ihsan IPD Shah Alam

Malah di Persiaran Aman hadapan kawasan perumahan Jalan Riang 25/117, polis mendapati sebanyak 13 buah kereta dan sebuah lori yang rosak akibat banjir tersadai tanpa dialihkan pemilik selepas 10 hari dilanda banjir.

Butiran 14 kenderaan tersadai yang masih belum ditunda pemiliknya adalah lori bernombor plat WGV561, Perodua Kancil (BFY5295); Proton Wira No BEP3168; Naza Kia No WVY1791; Nissan No WGM6555; Kia Forte WYV1791; Perodua No RAD5370; Proton Inspira No WXJ4402; Toyota WTS7084 kereta no BGG1001; Perodua Kancil No BHY5701; Naza Kia No Putrajaya 7054; Proton Persona No BNB7730 dan akhirnya Perodua Myvi No BPX533

Antara 31 kenderaan mangsa banjir yang rosak dan tersadai tanpa dialihkan oleh pemilik sehingga hari ini hasil siasatan polis di lokasi. Ihsan IPD Shah Alam

Manakala di Jalan Sepadu 25/123, enam lagi kenderaan masih belum dialihkan oleh pemiliknya iaitu Perodua Viva No WVB2396; Proton Saga No WQF5903; Proton Saga No NBB4617; Perodua Kenari BGM7729; Perodua Viva No WRP952 dan Perodua Wira no BGU4972.

Di Jalan Abadi 25/58 hadapan Balai Polis Sri Muda lapan kenderaan yang rosak akibat banjir masih belum dialihkan pemilik iaitu Proton Saga No BMM5797; Volvo No AAK8883; Proton Wira No WJR7741; Volkswagen No KFD3326; Toyota Avanza No WNQ6401; Proton Inspira No BND9795; Naza Kia No WMK4358 dan Hyundai No WNP6647.

“Polis IPD Shah Alam ingin menasihatkan semua pemilik 31 kenderaan yang disenaraikan dan dikenalpasti masih tersedai di tepi jalan agar tampil segera dan menunda kenderaan masing-masing ke tempat yang lebih selamat bagi mencegah dikhianati atau dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

 

Antara 31 kenderaan mangsa banjir yang rosak dan tersadai tanpa dialihkan oleh pemilik sehingga hari ini hasil siasatan polis di lokasi. Ihsan IPD Shah Alam

 

 

Antara 31 kenderaan mangsa banjir yang rosak dan tersadai tanpa dialihkan oleh pemilik sehingga hari ini hasil siasatan polis di lokasi. Ihsan IPD Shah Alam

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus di talian 03-55202230 atau 019-6546007 ASP Akmal Rabiatun bt Zaini (Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast