Deputy Inspector-General of Police, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid at a news conference on the success of Narcotics Criminal Investigation Department in 2021 at PULAPOL, Kuala Lumpur. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 30 DECEMBER 2021. drug abuse civil servants
Datuk Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Seramai 804 orang penjawat awam ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah untuk tempoh antara 1 Januari hingga 30 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Komisioner Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, daripada jumlah itu seramai 346 orang adalah pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Manakala kakitangan awam pula seramai 340 orang diikuti anggota tentera 104 orang dan akhirnya anggota bomba 14 orang,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, hari ini.

Tambah beliau, penglibatan pegawai dan anggota PDRM dalam penyalahgunaan dadah tidak kritikal memandangkan 346 orang yang ditahan mewakili 0.04 peratus daripada seramai 128,325 anggota dan pegawai pasukan keselamatan itu.

Menurut Razarudin, jumlah tersebut juga rendah berbanding 408 orang yang ditahan pada tahun lalu dan 566 anggota dan pegawai PDRM yang ditahan pada 2019.

“Saya tidak menafikan sepenuhnya penglibatan pegawai dan anggota PDRM dalam penyalahgunaan dadah sebenarnya memang ada kes tetapi ia tidak kritikal sangat seperti yang dibimbangkan hanya 0.04 peratus sahaja.

“Situasi itu sangat terkawal dan setiap aktiviti dan gerak-geri mereka sentiasa dipantau rapat dan dengan adanya Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) segalanya ditangani dengan tindakan tatatertib ke atas pegawai dan anggota kami.

“Malah mereka yang bertugas di jabatan dan bahagian narkotik serta lain-lain jabatan peringkat daerah dan kontinjen negeri semuanya dilibatkan dalam ujian saringan urin lebih kerap menerusi kerjasama PDRM dengan agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang salah laku dan penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyalahgunaan dadah dalam kalangan kakitangan awam lain meningkat pada 2019 dengan 1,051 orang ditahan, – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast