Polis mengesan 92 pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang dijadikan sebagai lokasi perhentian dan penurunan dadah di sempadan Malaysia-Thailand.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, penemuan itu diperolehi menerusi hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang komited dalam menumpaskan sindiket penyeludupan masuk dadah dari negara jiran.