Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pemberontak Houthi ke atas Jazan, Arab Saudi pada 24 Dis yang mengakibatkan kematian dan kecederaan, serta kemusnahan harta benda.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pemberontak Houthi ke atas Jazan, Arab Saudi pada 24 Dis yang mengakibatkan kematian dan kecederaan, serta kemusnahan harta benda.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu.

“Malaysia menolak semua bentuk keganasan yang menggugat keamanan dan keselamatan di rantau itu. Permusuhan yang berpanjangan akan memudaratkan keamanan dan kestabilan di rantau itu,” kata kenyataan itu.

Malaysia akan terus menyokong usaha mencari penyelesaian secara damai dan aman bagi konflik di Yaman, kata Wisma Putra.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), dua orang terbunuh dan tujuh cedera, akibat roket dan peluru Houthi yang disasarkan ke bandar Jazan di selatan Saudi pada 24 Dis.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast