KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Sabah FC mengesahkan perkara tersebut melalui perkongsian di laman sosial rasmi Facebooknya hari ini.
“Khairul Fahmi Che Mat is a Rhino! Welcome to the Land Below The Wind Bosku! (Khairul Fahmi kini skuad Sang Bada)
Khairul Fahmi, 32, merupakan bekas penjaga gol Melaka United.
Dia adalah antara tonggak skuad Harimau Malaya dikendalikan Datuk Ong Kim Swee, kini ketua jurulatih Sabah FC, yang mempertahankan pingat emas bola sepak pada pentas Sukan SEA 2011.
Selain Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan ‘Apek’, tiga pemain kebangsaan iaitu perancang tengah Baddrol Bakhtiar, serta pemain pertahanan Dominic Tan dan Rizal Ghazali juga menyertai skuad kendalian Kim Swee musim ini. – MalaysiaGazette
















