New Delhi melaksanakan perintah berkurung pada hujung minggu. foto India Tofay

NEW DELHI – India sedang bersiap sedia dengan gelombang ketiga penularan koronavirus apabila ibu kotanya dan dan hab kewangan di Mumbai menyaksikan lonjakan kes.

India melaporkan 37,379 kes pada hari Selasa, peningkatan lima kali ganda dalam seminggu yang menurut pakar didorong oleh varian Omicron.

Hampir satu per tiga daripada jangkitan itu dari New Delhi dan Mumbai, yang menyaksikan kes meningkat dengan sangat mendadak.

Kedua-dua bandar ini akan menjalani perintah berkurung dan sekatan lain pada hujung minggu bermula 10 malam hari Jumaat hingga 5 pagi hari Isnin menghentikan penyebaran virus berkenaan.

Ketua Pasukan Vaksin India, Dr NK Arora memberitahu NDTV, gelombang ketiga wabak itu telah pun bermula di negara ini, didorong oleh varian baharu Omicron.

Negara itu telah melaporkan lebih daripada 1,700 kes Omicron.

Maharashtra, yang menjadi ibu negeri Mumbai mendahului kes tertinggi sebanyak 568, diikuti New Delhi (382).

Menteri Kesihatan, Delhi Satyendar Jain berkata, 81% sampel Covid-19 di bandar itu diuji positif Omicron.

Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIMS) – salah satu hospital utama India di sini telah membatalkan cuti musim sejuk untuk semua doktor, menurut laporan.

Jangkitan yang semakin meningkat adalah mengingatkan semula tentang gelombang kedua yang dahsyat di India yang berlaku pada April dan Mei – purata harian kira-kira 400,000 kes pada kemuncak krisis. – BBC