Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, sebanyak 3,161 kes sembuh Covid-19 setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 2,711,900 kes atau 97.4 peratus.

Kes Covid-19 yang direkodkan hari ini ialah 3,251 dan daripada jumlah itu, sebanyak 58 kes dalam kategori 3,4 dan 5 manakala 3,193 lagi kategori 1 dan 2.

“Ketika ini sebanyak 243 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 211 telah disahkan Covid-19 manakala 32 kes disyaki kemungkinan dan masih dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 113 kes dengan 77 telah disahkan Covid-19 manakala 36kes disyaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham turut mendedahkan kes import yang dilaporkan sebanyak 299  manakala kes tempatan pula sebanyak 2,952.

Menurutnya, KKM turut mengesan dua lagi kluster baharu, menjadi jumlah kluster aktif sebanyak 176.

Negara merekodkan sejumlah 6,158 kluster dan kluster tamat pula sebanyak 5,982.

Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 mengikut kes seharian di seluruh negara adalah 0.96.

Negeri yang mencatatkan nilai Rt tertinggi ialah Labuan dengan 1.15, Sabah (1.06), Putrajaya (1.00), Negeri Sembilan dan Melaka (1.00). – MalaysiaGazette