Covid-19 cases
Kes positif Covid-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 3,010 kes.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,251 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini dan angka ini juga menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam iaitu 3,381 kes.

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital  seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 4.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatifnya setakat ini mencecah 2,783,331 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 7) di mana 3,381 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (879)
  • Kelantan (385)
  • Johor (299)
  • Kuala Lumpur (271)
  • Sabah (242)
  • Pahang (226)
  • Pulau Pinang (219)
  • Kedah (216)
  • Negeri Sembilan (172)
  • Perak (161)
  • Melaka (141)
  • Terengganu (94)
  • Putrajaya (30)
  • Sarawak (18)
  • Labuan (14)
  • Perlis (14).- MalaysiaGazette