Koperasi YaPEIM

KUALA LUMPUR – Koperasi YaPEIM Berhad (KYB) diiktiraf sebagai antara 100 koperasi terbaik di Malaysia selepas menerima sijil pengiktirafan yang dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) semalam.

KYB yang juga institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berada di kedudukan ke-57 bagi tahun 2020 sekali gus menyaksikan KYB sebagai sebuah koperasi yang diyakini dan berdaya saing di negara ini.

Koperasi ini menjalankan aktiviti ekonomi seperti mikrokredit Ar-Rahnu/pajak gadai perkhidmatan, pelaburan, Ar-Rahnu/pajak gadai serta yang terbaharu Akaun Emas YaPEIM (SERY) mempunyai keanggotaan seramai 823,361 ahli di seluruh negara.

KYB yang diasaskan pada 12 Februari 1996 merupakan institusi pelaksana bagi perkhidmatan pajak gadai AR-Rahnu YaPEIM sejak 2000.

Ia kini memiliki nilai aset melebihi RM80 juta dengan pendapatan melebihi RM14 juta setahun menjadikan KYB sebagai sebuah koperasi yang stabil serta kompetitif bersama koperasi terbaik yang ada di Malaysia.

Sehingga 31 Disember 2021 AR-Rahnu YaPEIM telah menjalankan lebih 10 juta transaksi membabitkan pembiayaan berjumlah RM12.489 bilion dengan nilai marhun (nilai barang gadaian) berjumlah RM19.348 bilion.

AR-Rahnu YaPEIM mempunyai 212 cawangan termasuk sembilan cawangan bergerak. – MalaysiaGazette