Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri R. S. Thanenthiran mengalungkan bunga malai kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Program Khas di Riverside Cafe, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 07 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis Parti Makkal Sakti pada Ahad lalu.

Siasatan itu dibuat susulan dakwaan pelanggaran SOP dalam majlis itu oleh  pemilik akaun Twitter Meme@Knowledge9701.

“Bahagian siasatan jenayah daerah Dang Wangi telah membukat kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 16 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) Pelan Pemulihan Negara (2021).

“Justeru pihak polis menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan,” kata Noor Dellhan.

Proram khas bersantai bersama kepimpinan Parti Makkal Sakti itu diberi judul “Bossku our national pride” (Bossku kebanggaan negara) itu turut menjemput bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai tetamu khas.

Jelas Noor Dellhan, hantaran tular itu mengenai beberapa individu tidak memakai pelitup muka, pada majlis yang diadakan di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast