Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke mahkamh bagi prosiding penggubahan wang haram AMLA di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor telah memfailkan dua permohonan bagi mengetepikan hakim dan timbalan pendakwaraya dalam kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya.

Kedua-dua permohonan itu mahu mengugurkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Kedua-dua permohonan baharu itu telah dimaklumkan pada hari pertama prosiding hari ini.

Mohamed Zaini kemudian menetapkan 24 Januari ini untuk mendengar dan keputusan bagi semua permohonan termasuklah menggantung prosiding perbicaraan.

Rosmah sebelum ini telah memohon untuk menggantung semua prosiding sehingga rayuan olehnya telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.

Ini juga menyebabkan prosiding yang sepatutnya di dengar di hadapan Mohamed Zaini terpaksa ditangguhkan.

Sebelum ini, Rosmah memohon supaya Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes AMLA dan LHDN dihadapi olehnya atas alasan hakim itu mendengar perbicaraan kes solar yang dihadapinya.

Dakwa Rosmah, Mohamed Zaini juga telah memutuskan  kes prima facie telah terbukti dan beliau dikehendaki membela diri bagi kes itu.

Selain itu, Rosmah juga mahu menggugurkan Gopal Sri Ram kerana mendakwa bekas hakim itu menyalahgunakan proses mahkamah kerana sekali lagi mempertikaikan pelantikannya secara fiat sebagai pendakwa raya dalam kes pengubahan wang haram.

Semua permohonan yang telah dikemukan itu telah mendapat bantahan oleh pasukan pendakwaan diketuai oleh Gopal Sri Ram hari ini.

Gopal memaklumkan kepada mahkamah  pihak pendakwaan akan membangkitkan bantahannya dalam hujahan terhadap permohonan-permohonan baharu oleh Rosmah itu.

Kata Gopal, justeru niat pihak pembelaan untuk memfailkan permohonan baru untuk membatalkan kelayakannya akan menyamai penyalahgunaan proses mahkamah.

Prosiding yang sepatutnya bersambung esok ditangguh sehingga 24 Januari kelak. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.