Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman. Foto AFFAN FAUZI, 27 JANUARI 2021.

SUBANG JAYA – Polis meminta  kerjasama orang awam menyalurkan maklumat membabitkan kes penemuan mayat seorang remaja berusia 19 tahun dalam keadaan kecederaan di kapala dan di badan di tepi jalan di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Khalid Othman berkata, mayat remaja berkenaan ditemukan pada jam 11 malam oleh orang awam di bahu jalan berhadapan deretan kedai Jalan SS 14/2.

“Identiti mayat dikenal pasti seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun disyaki pejalan kaki yang melalui jalan tersebut dan berpakaian lengkap.

“Hasil siasatan awal polis yang bergegas ke lokasi insiden bertindak atas makluman awam mendapati mangsa mengalami kecederaan Iuka di bahagian belakang kepala dan beberapa kesan geseran di bahagian belakang badannya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mengulas lanjut Mohd Khalid berkata, polis juga melakukan pemeriksaan di tempat insiden dan tidak menemui sebarang petunjuk mengenai kematian mangsa.

Ujar beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya

“Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa telah dijalankan jam 3 petang tadi oleh Doktor bahagian Pathologi Hospital Shah Alam.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan doktor tampil dengan laporan bahawa punca kematian mangsa adalah akibat ‘blunt trauma to the head consistent with road traffic incident’.

“Kes telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangku1an Jalan 1987 dan sedang menjalankan siasatan.

“Pihak Polis IPD Subang Jaya mohon sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kes ini untuk tampil memberi keterangan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat lnsp. Abdul Nasser Peping di talian (0122863875),” tegasnya. – MalaysiaGazette