Penduduk New York yang berusia lima tahun ke atas dibenarkan mengambil vaksin. foto Getty Images

NEW YORK – Kes Covid-19 di New York yang melonjak menjelang sambutan Krismas baru-baru ini ekoran peningkatan jangkitan varian Omicron semakin menunjukkan penurunan ketara.

Bagaimana, kadar kes positif dalam tujuh hari berkurangan, sekali gus menggambarkan lima daerah bandar ini telah melepasi kemuncak terbesar pandemik.

Sebanyak 52 kawasan dilaporkan menunjukkan 30 peratus kes positif Covid-19 antara 5 Januari hingga 11 Januari, masih belum lagi lagi melepasi kadar 40 peratus.

Sebelumnya, dari 29 Disember hingga 4 Januari, bandar ini mempunyai 23 kawasan dengan 40 peratus kadar jangkitan.

Pada 14 Januari, kadar positif tujuh hari adalah 27.6 peratus berbanding 32.59 peratus pada 4 Januari.

Sehingga  kini, cuma angka  kematian tidak menunjukkan perubahan dan jumlah kematian tetap meningkat disebabkan banyak kes baharu, menurut amNY.com.

Golongan yang tidak divaksin masih kekal berisiko tinggi untuk dijangkiti, dimasukkan ke hospital dan menyebabkan kematian akibat Covid-19.

Jabatan Kesihatan New York memaklumkan golongan yang tidak divaksin mempunyai risiko empat kali ganda untuk dijangkiti, lapan kali ganda untuk dimasukkan ke hospital dan sembilan kali ganda berisiko untuk mati berbanding individu yang sudah divaksin. – (http://www.xinhuanet.com/english/20220117/16817fecc9cd4a14aef9c3c13c70cf9c/c.html)