Hamzah Zainudin

KUANTAN – Siasatan terperinci akan dilakukan berhubung taraf kewarganegaraan Rohana Abdullah yang ditinggalkan ibunya ketika berusia dua bulan di sebuah tadika pada 22 tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemberian taraf kewarganegaraan bukan sesuatu mudah dan memerlukan dokumen.

Menurutnya, proses dokumentasi akan menjadi lebih mudah jika kewarganegaraan bapa Rohana dapat dibuktikan.

Ini kerana, kes yang dihadapi oleh Rohana banyak berlaku di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, pemberian kewarganegaraan tidak boleh dilakukan secara pukal.

“Biarlah kita melakukan siasatan dahulu. Bapa Rohana ini difahamkan adalah warganegara tempatan, kalau ada dokumen yang boleh membuktikannya ia lebih mudah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bot PDRM sempena lawatan kerja Pengurusan Banjir Pantai Timur di Markas Briged Tenggara PGA Kuantan hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau menyerahkan sebanyak tujuh jenis bot Whaly pelbagai saiz dengan nilai keseluruhan RM267,000 kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Semalam, Hamzah telah meminta pegawainya untuk menyiasat kes Rohana Abdullah, 20, selepas kisahnya dipaparkan.

Rohana yang bekerja sebagai guru tuisyen telah dibela seorang wanita, Chee Hoi Lan, 83, yang merupakan guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan

Rohana dilaporkan terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta pernah mengalami kebimbangan (anxiety) akibat daripada masalah yang dihadapinya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ibu-bapak amoi indon nggak ada dokumen nikah dong, so klaim aja baka PKM yang letak senjata atas arahan Parti Komunis Tanah Besar China pada September 1988 bisa atomatik dapat kerakyatan tempatan negara kecil tanah sekangkang kera ini ya dong. Apa lagi Cina mau sudah angkat Xinjiang kasi tanah Cina lebih besat lo aiy yaa.

Comments are closed.