Foto: KCNA/Kyodo

TOKYO – Korea Utara telah menguji peluru berpandu taktikal semalam, lapor akhbar Rodong Sinmun.

Akhbar Parti Pekerja Korea Utara berkata, ujian itu dijalankan mengikut rancangan Akademi Sains Pertahanan Negara dan institusi lain.

Menurut laporan itu, dua peluru berpandu taktikal dilancarkan dari bahagian barat negara itu tepat mengenai sasaran pulau di Laut Jepun.

Gambar-gambar yang dikeluarkan menunjukkan peluru berpandu meluncur sambil memuntahkan api berwarna jingga.

Tentera Korea Selatan mendedahkan Korea Utara melepaskan dua peluru, dipercayai peluru berpandu balistik jarak dekat, ke arah Laut Jepun berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Sunan di pinggir ibu kota Pyongyang pada pagi Isnin. – (https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/news/20220118_06/)