Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Sembilan individu antara yang ditahan dalam operasi Samseng Jalanan di sini kerana didakwa melakukan aksi menunggang motosikal secara berbahaya.

Mereka didakwa melakukan aksi Superman dan zig-zag sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, operasi dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan pihaknya.

Operasi dijalankan bermula 17 sehingga 18 Januari lalu oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Pengutkuasaan Trafik (BSPTD) Kuantan.

Ops Samseng yang dijalankan oleh BSPTD Kuantan pada 17 dan 18 Januari 2022 di Kuantan, Pahang.

“Operasi menyasarkan  lokasi panas lumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur dari arah Tol Jabor menghala Tol Kuantan. Polis telah menahan sembilan lelaki berusia 16 sehingga 33 tahun bersama kerana menunggang dengan cara melakukan aksi Superman (meniarap), aksi menundukan kepala dan zig-zag.

“Aksi ini sangat merbahaya pada diri sendiri dan penguna jalan raya yang lain,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Wan Mohd Zahari, pihaknya turut merampas sembilan buah motosikal dan siasatan lanjut masih dijalankan mengenai kejadian itu.

“Operasi dan pemantauan akan dijalankan secara berterusan bagi membendung aktiviti tidak berfaedah yang melanggar undang-undang ini,” katanya.

Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan dan kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast