Sebuah pesawat Hercules New Zealand yang membawa bekalan kecemasan meninggalkan Auckland pagi ini. Foto-BBC

NEW ZEALAND – Setelah lima hari hubungan terputus akhirnya Tonga kini berjaya memulihkannya selepas kejadian letusan gunung berapi bawah laut dan tsunami melanda baru-baru ini.

Kerajaan New Zealand berkata, pesawat tentera kini sudah tiba di lapangan terbang Tonga setelah abu dari landasannya dibersihkan.

Manakala pesawat dan kapal lain yang dihantar oleh New Zealand dan Australia sedang dalam perjalanan.

Komander pasukan gabungan Rear Admiral Jim  memberitahu, pesawat C-130 Hercules mendarat di Tonga hari ini.

Pesawat berkenaan dipenuhi bekas air, kit perlindungan sementara, penjana elektrik, kit kebersihan dan keluarga serta peralatan komunikasi.

Dalam pada itu, Australia berkata, satu daripada dua pesawat Boeing C-17 Globemaster yang tiba pada Khamis ini akan membawa bekalan juga mempunyai peranti yang akan ‘menyapu’ di atas kapal untuk membantu memastikan landasan kapal terbang menjadi bersih.

Sementara itu, kedua-dua pihak berkuasa Australia dan New Zealand mengesahkan segala proses dilakukan tanpa sentuhan bagi mengelak risiko Covid-19 merebak.

“Pesawat itu dijangka berada di darat sehingga 90 minit sebelum kembali ke New Zealand,” kata Menteri Pertahanan New Zealand, Peeni Henare.

Manakala Rear berkata, protokol pandemik tanpa sentuhan akan dipatuhi sambil menambah prosedur bantuan termasuk memastikan kru kapal terbang tidak akan berhubung dengan sesiapa pun di darat selain memakai peralatan pelindung diri (PPE).

“Kami sangat menghormati bahawa, perkara terakhir yang Tonga perlukan sekarang ialah wabak Covid di samping bencana ini,” tambahnya.

Dalam kejadian letusan gunung berapi dan tsunami, sekurang-kurangnya tiga orang maut di Tonga

Letusan gunung berapi menyebabkan lapisan abu tebal telah menutupi landasan lapangan terbang dan pulau-pulau itu di ibu negaranya, Nuku’alofa yang menghalang pesawat daripada mendarat. – BBC NEWS