Sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.

KUALA LUMPUR – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu hampir 605,000 orang terutama usahawan untuk bangkit dalam bisnes sepanjang tahun lalu.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, jumlah tersebut sebahagiannya datang daripada 13 program yang dijalankan secara percuma.

Katanya, RichWorks turut berbesar hati bila program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) dengan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mendapat pengiktirafan selepas disebut di Parlimen.

“Program-program ini diadakan selama tiga hari malah ada juga 12 malam seperti RichWorks Business Bootcamp yang ditaja sepenuhnya demi bantu orang ramai di luar sana.

“Alhamdulillah, RichWorks bersama Mentor Usahawan, Datuk Dr. Azizan Osman yang meskipun beliau hampir maut ekoran Covid-19 awal tahun lalu, kekal komited nak membimbing lebih ramai orang lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Radz Mohd.

Sementara itu, Radz memberitahu, RichWorks bersama usahawanya tidak ketinggalan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

“Kempen #RichWellBantu digerakkan Azizan bermula Julai tahun lalu, dapat mengutip sumbangan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga yang memerlukan.

“Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,” ujarnya.

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

“Alhamdulillah, itulah sebahagian besar perjalanan RichWorks yang kami usahakan sepanjang 2021 dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, Insya-Allah.

“Kami juga akan tingkatkan lagi usaha bagi membantu mengembangkan bisnes anak didik RichWorks termasuk 312 ahli Titanium yang menjana jualan keseluruhan RM3.2 bilion pada 2021 berbanding RM2.2 bilion tahun sebelumnya,” katanya. – MalaysiaGazette