Pelakon dan pengacara, Nabila Huda.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara televisyen, Nabila Huda dilaporkan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang susulan dakwaan kenyataan berbaur fitnah.

Ia susulan daripada kenyataannya dalam media sosial Instagram dan Twitter mengenai seorang aktivis yang membantu mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.

Aktivis itu, Fatimah Zaharah Rahim sudah melantik peguam Nurul Hafidzah Hassan, Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors untuk meneiliti tindakan yang sesuai diambil ke atas pelakon tersebut.

“Berdasarkan dakwaan berita palsu, fitnah dan tuduhan yang dilemparkan ke atas anak guam, kami akan kaji tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Nabila Huda,” kata peguam Nurul Hafidza menerusi kenyataan.

Menurutnya, Nabila Huda didakwa sengaja menyalahgunakan kemudahan aplikasi media sosial untuk membuat kenyataan memburukkan sekaligus menyebabkan ramai berasa benci terhadap aktivis berkenaan.

Tambah peguam itu, kenyataan selebriti itu kemudian dikongsi semula oleh netizen.

Kata peguam aktivitis itu lagi, Nurul Hafidza memandang serius dakwaan terhadap dirinya beliau di laman media sosial kerana ia dibuat tanpa mendapat pengesahan dirinya terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, aktivis berkenaan menegaskan dakwaan Nabila Huda adalah tidak benar.

Namun pelakon dan pengacara itu menerusi ruangan komen di Instagram sebuah portal terkejut mengenai perihal tersebut kerana hanya mengetahuinya setelah dimaklumkan oleh pengikutnya.

Sebagai rekod, sekitar Disember yang lalu Nabila giat membantu mangsa-mangsa banjir sekitar Lembah Klang.

Dalam sebuah hantarannya pada 25 Disember, beliau menyatakan kemarahannya terhadap sikap seorang wanita yang dikatakannya mengambil kesempatan terhadap bantuan yang disalurkan kepada orang ramai.

Nabila juga sempat merakam interviu ala Melodi terhadap wanita itu dan berkongsi video tersebut di laman Instagram.-MalaysiaGazette