Datuk Marina Mahathir.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dalam keadaan stabil, kata anak sulungnya, Datin Marina Mahathir.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” tulis Marina dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas media melaporkan bahawa Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di Institut Jantung Negaraa (IJN), hari ini.

Artikel berkaitan:

Marima turut menjelaskan bahawa Mahathir sudah berada di IJN sejak Khamis lalu.

Katanya juga, prosedur perubatan elektif yang dijalankan pada 8 Januari lalu berjaya dilaksanakan oleh IJN.

Media tempatan mahupun antarabangsa hari ini berkampung di IJN bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan kesihatan Dr Mahathir yang dilaporkan dimasukkan semula ke pusat perubatan itu hari ini.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengadakan lawatan ke atas Ahli Parlimen Langkawi itu. – MalaysiaGazette