Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 terus melonjak hingga mencecah 1.07 semalam selepas melepasi bacaan 1.00 sehari sebelumnya, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Berdasarkan infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan itu melalui akaun Twitter beliau, kadar Rt terendah pada Januari dicatat pada 5 hingga 7 Januari lalu dengan nilai antara 0.96 hingga 0.95.
Kelmarin, Malaysia merekodkan Rt 1.03 selepas beberapa minggu bacaannya berlegar antara 1.00 dan 0.99.

Sementara itu, empat negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat Rt melebihi kadar purata nasional iaitu Negeri Sembilan dengan bacaan 1.13, diikuti Kuala Lumpur (1.09), Kedah (1.09) dan Melaka (1.08) manakala Johor (1.07), Putrajaya (1.04), Selangor (1.03) serta Pulau Pinang (1.03).