Peserta yang mengikuti Program Undur Azam Baki telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield hari ini.

Ramai daripada peserta yang dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini merasa tidak berpuashati kerana Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki masih lagi tidak diambil keterangan oleh pihak polis semasa sidang media diadakan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield hari ini.