Petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak Covid-19 kepada penerima yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Lembah Klang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 JANUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 10,906,259 individu atau 46.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 22,917,313 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 mereka, manakala 23,195,017 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,782,131 individu atau 88.4 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,738 individu atau 91.0 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 202,296 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,820 dos pertama, 2,711 dos lengkap dan 197,765 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,461,606 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 10 kes kematian direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak tiga kes, diikuti Sabah (dua) manakala Johor, Kedah, Kelantan, Melaka dan Pahang masing-masing satu kes. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast