thunderstorm heavy rain MetMalaysia weather forecast thunderstorm heavy rain strong wind
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Barat sehingga jam 8 malam ini.

Menurut MET Malaysia, terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perak di kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Cuaca sama akan melanda Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menerima cuaca sama sehingga 8 malam, Khamis, 27 Januari,” katanya MET Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Selain itu, kawasan di Sarawak dan Sabah pula akan mengalami cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 malam ini.

“Di Sarawak, kawasan terkesan ialah Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Manakala kawasan di Sabah melibatkan Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Ranau, Beluran dan Kudat sehingga 10 malam; Khamis, 27 Januari,” kata kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette