Ketua Wanita Berjasa, Siti Umi Kalsom Hussin bercakap pada sidang media khas di TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) tidak merancang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ketua Wanita Berjasa, Siti Umi Kalsom Hussin berkata, PRN Johor dan Melaka yang diadakan sebelum ini bukannya keperluan terdesak untuk parti itu menyertainya berikutan senario politik tanah air yang semakin parah.

Berikutan itu, katanya, adalah lebih baik Berjasa memberi tumpuan kepada PRU15 untuk mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Menurut beliau, rakyat sudah bosan dengan kerenah dan permainan ahli politik yang mana selepas menang mementingkan keuntungan peribadi.

“Perlu kita akui, negara sedang rosak dengan pimpinan sedia ada yang bukan sahaja tidak berintegriti sebaliknya begitu korup.

“Kerana itu juga, Berjasa terutamanya dari sayap Wanita dan Pemudi menawarkan sebuah kepimpinan yang bebas daripada pelbagai cengkaman budaya politik wang, korup dan kawalan tradisi ‘warlord’ serta banyak lagi jika hendak disenaraikan,” katanya, di sini, hari ini

Sementara itu, Siti Umi Kalsom berkata, Berjasa mensasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 41 kerusi pada PRU15.

Ketua Wanita Berjasa, Siti Umi Kalsom Hussin bercakap pada sidang media khas di TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JANUARI 2022.

“Kita dalam Wanita dan Pemudi sentiasa kritis, lantang dengan senario politik pada masa ini yang mangsanya adalah rakyat.

“Jika hendak lihat sejarah Berjasa sudah lama sejak tahun 1977 lagi namun kini kita tampil dengan imej baru namun perjuangan ke arah agama dan bangsa itu tetap sama,” katanya.

Menurut beliau, keadaan politik kucar kacir pada hari ini merupakan punca Berjasa komited dalam membina semula Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast