Foto Instagram Sajjad.

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik kontroversi, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mahu melelong banglo mewah miliknya yang terletak Kota Damansara dengan harga RM9.5 juta.

Menerusi di Instagram miliknya, Sajjad telah berkongsi tentang maklumat lelongan banglo tersebut serta mengalukan-alukan mana-mana pihak yang berminat menyertai proses tersebut

Dalam maklumat sama, walaupun jualan banglo itu berharga RM9.5 juta, namun ia boleh dikurangkan berdasarkan budi bicara pihaknya.

Malah pembeli juga akan ditawarkan pendaftaran percuma selain syarat dan terma boleh dirunding bagi memastikan aset tersebut dijual.

Namun begitu, tarikh lelongan banglo mewah miliknya itu masih belum diputuskan.

Sajjad membeli banglo milik usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5juta pada tahun 2017.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta Sajat disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources.

Sehubungan itu, dua siri lelongan telah diadakan sebelum ini yang mana seorang lelaki disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan harta Sajat dengan nilai serendah RM42,000 sahaja. – MalaysiaGazette