new record Covid-19 booster dose daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 terus meningkat mendadak dengan 9,117 kes positif direkodkan pada hari ini berbanding 7,234 kes semalam, tertinggi sejak 8 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif kes positif jangkitan virus tersebut meningkat kepada 2,904,131 kes.

Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,987 kes diikuti Sabah (909), Johor (757), Kedah (751), Kuala Lumpur (709), Pulau Pinang (360), Kelantan (355), Negeri Sembilan (337), Pahang (331), Melaka (252), Perak (208), Terengganu (116), Putrajaya (76), Perlis (52) dan Sarawak (22).

Pada pagi tadi, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjangka peningkatan mendadak kes harian Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang. – MalaysiaGazette

Kes jangkitan Covid-19 dijangka meningkat mendadak dalam beberapa minggu – KJ