Seorang pelancong asing tiba di Phuket selepas kawasan pelancongan itu dibuka pada Julai 2021. foto Reuters

BANGKOK – Thailand akan mengadakan perbincangan mengenai peraturan gelembung perjalanan dua hala dengan China dan Malaysia akhir bulan ini.

Ini, merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pemulihan yang stabil dalam sektor pelancongan.

Thailand menerima rekod hampir 40 juta pelawat asing pada 2019, lebih satu per empat daripada mereka adalah dari China.

Bagaimanapun jumlah ketibaan merosot kepada kira-kira 0.5 peratus pada tahun lepas disebabkan isu kuarantin dan kemasukan yang ketat.

Sementara itu, kawasan tumpuan percutian Asia Tenggara itu mengalami kerugian berbilion-bilion dalam perniagaan akibat kekurangan pelancong dari China, yang masih belum bersetuju mengenai peraturan gelembung perjalanan.

Oleh itu, perjanjian dengan Thailand akan menentukan bilangan pelancong yang dibenarkan dalam pertukaran itu.

Ini termasuk protokol untuk visa, perjalanan dan insurans, kata jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana, sambil menambah China telah bersetuju untuk membincangkan “pertukaran pelancong”.

Ia berlaku seminggu selepas, Thailand mengembalikan semula skim perjalanan Test & Go untuk ketibaan semua warga negara dengan insurans kesihatan, yang boleh melangkau kuarantin jika ujian Covid-19 negatif.

Sebaliknya, China memerlukan kuarantin yang panjang untuk kebanyakan ketibaan termasuk warga China dan mempunyai dasar toleransi sifar terhadap wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Thailand bergelut dengan peningkatan kes baharu Covid-19, mencecah 10,000 pada Sabtu lalu, paling banyak dalam tempoh tiga bulan. – US News (https://www.usnews.com/news/world/articles/2022-02-07/thailand-to-seek-travel-bubbles-with-china)

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast