heavy downpour thunderstorm continous heavy rain MetMalaysia weather forecast
Penunggang motosikal berteduh di bawah jejantas daripada cuaca hujan lebat yang turun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Ribut petir berserta hujan lebat dijangka berlaku di  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta tujuh negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran cuaca itu turut melibatkan seluruh Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Di Kedah ia melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Manakala di Johor pula membabitkan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, keadaan yang sama dijangka melanda Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu). – MalaysiaGazette