PICKids Covid-19 vaccine children
A boy getting his Covid-19 vaccine shot in conjunction with the National Covid-19 Immunisation Programme for Children (PICKids) at the Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. PIX: AMIRUL SHAUFIQ /MalaysiaGazette /03 FEBRUARY 2022. Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak 'PICKids' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 03 FABRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 169,710 atau 4.8% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

PICKids dilancarkan 3 Februari lepas dengan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,258,893 atau 56.4% populasi dewasa dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19, setakat semalam.

Sejumlah 22,936,644 individu atau 97.5% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 98.7% atau 23,212,859 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,795,507 individu atau 89.8% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,874,510 atau 92.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 118,875 dos vaksin diberikan meliputi 35,441 dos pertama, 649 dos kedua dan 82,785 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 65,042,686 dos. – MalaysiaGazette