Seorang penunjuk perasaan ditangkap ketika polis mengusir pemandu lori dan penyokong yang menyekat akses menuju dari Jambatan Duta selepas mendapat injunksi mahkamah. foto AP

WINDSOR, Ontario – Polis Kanada bertindak menahan baki penunjuk perasaan berhampiran lintasan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Kanada bagi menamatkan demonstrasi menentang sekatan Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi kedua-dua negara.

Protes di Ottawa telah melumpuhkan pusat bandar itu hingga menimbulkan kemarahan penduduk yang mendakwa polis tidak bertindak dan menimbulkan tekanan terhadap Perdana Menteri, Justin Trudeau, yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet lewat Ahad.

Demonstrasi yang menguasai seluruh Kanada dan merebak di Perancis, New Zealand dan Belanda.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS. memberi amaran bahawa konvoi trak tersebut mungkin sedang dalam perancangan melakukan protes sama di AS.

Polis Windsor berkata, kira-kira 25 hingga 30 orang telah ditangkap secara aman dan tujuh kenderaan ditarik pada awal pagi berhampiran Jambatan Duta yang menghubungkan bandar kedua-dua negara dan lokasi kilang automotif Kanada dengan Detroit.

“Hari ini, krisis ekonomi negara di Jambatan Duta telah berakhir,” kata Datuk Bandar Windsor Drew Dilkens, yang berharap jambatan itu akan dibuka semula pada hari Ahad.

Menurutnya, laluan sempadan itu akan dibuka semula apabila selamat untuk berbuat demikian.

Ketika ini, jambatan itu tetap ditutup kerana ribut salji melanda kawasan berkenaan dan Ketua Polis Windsor, Pamela Mizuno tidak memaklumkan jadual untuk pembukaan semula.

“Ada langkah yang perlu kita ambil untuk membuka semula jalan raya supaya kita tidak menghadapi isu yang sama. Kami perlu memastikan dapat mengekalkan aliran trafik,” katanya pada sidang akhbar.

Hanya beberapa baki penunjuk perasaan selepas polis memujuk mereka untuk memindahkan trak pikap dan kereta yang menghalang lalu lintas.

Di Ottawa, Datuk Bandar Jim Watson berkata, bandar ini telah mencapai perjanjian dengan penunjuk perasaan yang menyekat jalan-jalan di pusat bandar selama lebih dua minggu.

Mereka akan keluar dari kawasan berkenaan dalam tempoh 24 jam akan datang.

Watson berkata, beliau bersetuju untuk bertemu dengan penunjuk perasaan jika mereka mengehadkan bantahan di kawasan sekitar Parliment Hill dan memindahkan trak dan kenderaan lain keluar dari kawasan kediaman menjelang tengah hari Isnin.

Setakat ini, penganjur protes akur dengan arahan tersebut. – AP (https://apnews.com/article/coronavirus-pandemic-business-health-canada-blockades-65453655bfffcd349388c283d14f972a)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast