City Hatchback RS e:HEV

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia mengumumkan harga varian City Hatchback RS e:HEV di Malaysia adalah RM107,783.09.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, City Hatchback yang dilancarkan pada Disember tahun lalu kini sudah menerima lebih 5,200 tempahan.

”Kami yakin City Hatchback RS e:HEV serba baharu akan menetapkan penanda aras dalam pasaran dengan pakej lengkap eksterior RS yang bergaya, rangkaian kuasa e:HEV, Honda Sensing dan telematik canggih Honda Connect.

”Ia akan menjadi tarikan kepada pelanggan terutamanya pemandu muda,” katanya.

City Hatchback serba baharu direka bentuk untuk menjadi ‘energetic hatchback’ dan varian RS e:HEV yang eksklusif menambah kesan sporty padanya.

Varian ini didatangkan dengan gloss black – gril Depan, solid wing dan door mirrors, untuk memberikan ekspresi warna badan dua tona.

Bentuk eksklusif RS e:HEV ditampilkan di bahagian gril bawah, hiasan kabus dan bampar belakang.

Varian ini didatangkan dengan lampu depan LED dengan lampu siang LED (DRL), lampu kabus depan LED, spoiler tailgate dan lampu combi LED belakang.

Roda Aloi 16-inci pada varian City Hatchback RS e:HEV serba baharu melengkapkan lagi penampilan anggun hatchback itu.

City Hatchback RS e:HEV serba baharu dikuasakan oleh rangkaian kuasa Pemacu Pelbagai Mod (i-MMD) pintar Sports 1.5L dan digandingkan dengan transmisi pembolehubah berterusan Elektrik (e-CVT).

Penjana kuasa memberikan 109PS dan segmen mendahului tork 253Nm bersamaan dengan prestasi tork enjin sedutan semulajadi segmen D.

Sistem hibrid 2-motor termaju RS e:HEV mengawal selia antara tiga mod pemanduan: EV, Hibrid dan mod pemacu enjin, yang akan bertukar secara bergilir-gilir mengikut keadaan pemanduan pemandu.

City Hatchback RS e:HEV ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna – Ignite Red Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Platinum White Pearl. – MalaysiaGazette