Bomba menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang tercampak ke dalam longkang selepas dilanggar sebuah kereta di Ampang.

KUALA LUMPUR – Anggota bomba telah menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang tercampak ke dalam longkang selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kejadian dilaporkan berlaku pada hari ini di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya, Taman Pandan Jaya, Ampang.


KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal tercampak ke dalam longkang selepas dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya di Taman Pandan Jaya, Ampang, di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Noor Azam Khamis berkata, bilik kawalan bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan itu jam 9.22 pagi tadi.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan itu, pasukan anggota dan penyelamat dengan jentera telah bergegas ke lokasi kemalangan.

Keadaan motosikal mangsa selepas dilanggar kereta.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian jam 9.28 pagi tadi, pasukan bomba mendapati mangsa, Mohd Amir Hazim Mat Taha ditemui dalam longkang selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 33 tahun itu menunggang motosikal Yamaha R6 sebelum dilanggar sebuah kereta vios semasa dalam perjalanan menuju ke pusat bandar dan tercampak ke dalam longkang di bahu jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bomba menyelamatkan penunggang motosikal yang terjath ke dalam longkang selepas dilanggar sebuah kereta di Pandan Jaya, Ampang.

Tambah beliau, anggota bertugas menjalankan kerja-kerja menyelamat dan membuat pemeriksaan keadaan mangsa yang kelihatan lesu dan lemah.

“Kemudian kita mengangkat keluar mangsa dari longkang itu dengan menggunakan strecher.

“Pemeriksaan lanjut terhadap mangsa mengadu sakit di bahagian pinggul dan diserahkan kepada pegawai kesihatan yang juga berada di lokasi untuk rawatan lanjut,” tegasnya.