Pejabat Malaysian Genomics Resource Centre Berhad

PETALING JAYA – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), pakar peneraju genom dan biofarmaseutikal, mengumumkan perolehan sebanyak RM7.63 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2021 lalu.

Ia merupakan satu peningkatan besar sebanyak RM7.49 juta berbanding perolehan sebanyak RM7.49 juta berbanding hanya RM0.14 juta bagi tempoh suku yang sama tahun sebelumnya.

Pengarah Eksekutif MGRC Datuk Alvin Nesakumar, berkata, kenaikan perolehan ini hasil sumbangan dari divisyen biofarmaseutikal yang menyumbang 78 peratus daripada keseluruhan perolehan dan kebanyakannya hasil pengedaran immuniterapi dan terapi sel serta pengedaran dan pentadbiran vaksin Covid-19.

“Prestasi ini dipacu oleh aliran perolehan baharu ekoran langkah mempelbagaikan produk terutama ke sektor biofarmaseutikal pada akhir 2020 manakala kembalinya kami kepada keuntungan didorong oleh kejayaan meningkatkan margin lebih tinggi pengedaran immunoterapi dan terapi sel.

”Prestasi kewangan bagi suku tahunan positif dan kami yakin ia cukup kukuh untuk  mengatur semula status saham penyenaraian kami.’’ katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

MGRC mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.01 juta bagi suku kedua 2022 berbanding kerugian sebanyak RM1.55 juta pada suku tahunan sama tahun sebelum ini, suatu pusingan kembali ke keuntungan didorong oleh margin lebih tnggi daripada pengedaran immunoterapi dan terapi sel.

Bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 31 Disember 2021, MGRC mencatat perolehan sebanyak RM16.94 juta, pertambahan sebanyak RM16.72 juta berbanding RM0.22 juta bagi tempoh sama tahun kewangan sebelum ini.

Bagi PAT pula, MGRC meraih RM1.25 juta bagi separuj pertama 2022 berbanding rugi sebanyak RM2.39 juta bagi tempoh sama tahun sebelum ini.

Alvin berkata, MGRC turut mengumumkan penjawatan semula jawatan Noor Azri Noor Azerai sebagai Pengarah Eksekutif daripada Pengarah Bebas sebelum ini.

Beliau memiliki pengalaman membantu memulihkan prestasi kewangan Bintai Kinden kembali kepada keuntungan sejurus pelantikannya ke Lembaga Pengarah syarikat pada Julai 2021, susulan penjawatan semulanya sebagai Timbalan CEO dalam tempoh setahun.’’

Tambahnya, dengan ekonomi terus memulih, MGRC melihat peluang-peluang penting bagi perkongsian dan kolaborasi komersial inovatif di dalam bidang genom dan biofarmaseutikal. – MalaysiaGazette