P. Pavithra

KUALA LUMPUR – Hari ini polis berjaya menemui kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Bentong pada 10 Februari lalu di Kajang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya mengesan mangsa, P. Pavithra yang berumur 15 tahun bersama seorang budak perempuan lagi berumur 17 tahun di Kajang.

“Setelah sampai di sebuah perhentian bas, polis telah membuat pemerhatian dan telah melakukan pemeriksaan ke atas dua orang kanak-kanak perempuan tersebut.

“Semasa pihak polis membuat semakan kad pengenalan didapati salah seorang daripadanya yang bernama Pavithra adalah budak yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari Bentong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di samping itu, Zaiham berkata, siasatan awal pihak polis mendapati mangsa tersebut melarikan diri dengan menggunakan perkhidmatan e-Hailing serta menuju ke rumah rakannya dan tinggal bersama hampir enam hari di sebuah rumah di Kajang.

“Sekarang mangsa tersebut  telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan kesihatan,” ujarnya.

Beliau menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengambil berat dan peka setiap tindak tanduk anak masing-masing.

Malah, beliau juga menasihati para pelajar agar sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan ibu bapa atau penjaga sekiranya menghadapi sebarang masalah untuk mengelak mengambil keputusan yang salah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pelajar 15 tahun hilang dari kawasan sekolah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast