Hishammuddin Hussein Omicron new Covid-19 variant endemic phase
Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kini menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi tujuan rawatan dan pemantauan.

Ia bagi memastikan tahap kesihatannya terus berada pada tahap memuaskan.

“Alhamdulillah, walaupun mengalami gejala namun buat masa ini saya berada dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seperti dimaklumkan oleh Pejabat Menteri Kanan Pertahanan semalam, Hishammuddin telah disahkan positif Covid-19 dan diperintahkan menjalani isolasi wajib
mengikut ketetapan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit.

Beliau dalam kenyataan yang sama mengucapkan terima kasih atas mesej dan doa dan menghargainya semua pihak yang mengambil berat dan mendoakan kesembuhannya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hishammuddin positif Covid-19

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast