Presiden Vladimir Zelenskyy. Foto: TASS

KIEV – Presiden Vladimir Zelensky berkata, akhir Ukraine bersendirian mempertahankan negara itu.

“Kami, akhirnya mempertahankan negara bersendirian. Siapa yang bersedia untuk berjuang di samping kami?” katanya dalam rakaman video ketika berucap kepada negara yang disiarkan di akaun Telegram.

Katanya, tiada sesiapa yang sedia untuk menjamin Ukraine menjadi negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Semua orang takut, semua orang diam.

“Mereka balas bahawa <…> mereka bersama kami, tetapi (mereka) tidak bersedia menjadikan kami ahli perikatan itu,” katanya seperti dilaporkan agensi berita, TASS.
Pada masa sama, pemimpin Ukraine itu berterima kasih kepada rakan-rakan di atas sokongan yang diberikan.

“Saya berterima kasih kepada semua negara yang membantu Ukraine melalui tindakan, dan bukan hanya dengan perkataan,” katanya. – Agensi

(https://tass.com/world/1410609)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast