Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2021/2022 akan berlangsung di Paris selepas Rusia dilucutkan daripada menjadi tuan rumah berikutan tindakan negara itu menceroboh Ukraine.- Gambar hiasan.

NYON (SWITZERLAND) – Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2021/2022 akan berlangsung di Paris selepas Rusia dilucutkan daripada menjadi tuan rumah berikutan tindakan negara itu menceroboh Ukraine.

UCL yang menjadi penentu kelab bola sepak paling berprestij di Eropah itu pada mulanya dijadualkan berlangsung di Gazprom Arena, St. Petersburg pada 28 Mei, ininamun lokasi ditukar selepas mesyuarat tergempar hari ini.

Badan induk bola sepak Eropah memutuskan kejohanan tersebut akan diadakan di Stade de France, Paris yang berkapasiti menampung 81,338 penonton.

Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menyatakan penghargaan kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron atas sokongan peribadi dan komitmennya untuk memindahkan lokasi kejohanan ke negaranya pada waktu krisis ini.

UEFA dalam satu kenyataan berkata; “UEFA bersama-sama kerajaan Perancis akan menyokong penuh usaha pelbagai pihak untuk memastikan keselamatan pemain bola sepak dan keluarga mereka di Ukraine yang sedang menderita.

Ini adalah tahun ketiga berturut-turut lokasi perlawanan akhir UCL dipindahkan.

Pada perlawanan akhir 2019/2020, lokasi ditukarkan dari Istanbul ke Lisbon kerana wabak COVID-19. Bandar Turki itu ditetapkan untuk menjadi tuan rumah sekali lagi untuk tahun 2020/2021 namun dipindahkan ke Porto, Portugal atas sebab yang sama. – BBC SPORT. (https://www.bbc.com/sport/football/60520933)