Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Myanmar yang ditahan polis di Pasir Mas, Kelantan semalam meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Datuk Azri Ahmad berkata, lelaki berkenaan pada mulanya ditangkap oleh anggota balai polis Jeram Perdah, Pasir Mas atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah sebaik sahaja didapati positif Covid-19 sebelum disahkan meninggal dunia pada hari ini.

“Orang Kena Tahan (OKT) dimasukkan ke wad Covid-18 pada 25 Februari 2022 lebih kurang 4 petang dan pada 26 Februari OKT telah disahkan meninggal dunia.

“Punca kematian adalah disebabkan OKT positif Covid-19,” katanya menerusi kenyataan.

Bagaimanapun Azri berkata, JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kematian berkenaan Untuk Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan  (USJKT). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast