Api marak dan asap berkepul di terminal minyak yang terletak di bandar Vasylkiv, Ukraine. foto Twitter

KYIV – Peluru berpandu Rusia membedil di bandar Vasylkiv, Ukraine, menyebabkan sebuah terminal minyak terbakar, kata datuk bandar bandar itu.

“Musuh mahu memusnahkan segala-galanya di sekeliling,” kata Natalia Balasinovich dalam video yang disiarkan dalam talian.

Gambar dan video yang disiarkan dalam media sosial menunjukkan kepulan api yang marak di ruang udara langit malam.

Serentak itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk supaya berwaspada dengan asap toksik.

Puak pemisah yang disokong Rusia di wilayah Luhansk Ukraine berkata, sebuah terminal minyak diletupkan oleh peluru berpandu Ukraine di bandar Rovenky. – Reuters (https://www.reuters.com/world/europe/town-near-ukraines-kyiv-hit-by-missiles-oil-terminal-fire-2022-02-27/)