Covid-19 cases
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 semalam dilihat berkurangan kepada 27,299 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 256 kes import manakala selebihnya adalah jangkitan dalam kalangan tempatan.

Dalam masa yang sama, hanya 129 atau 0.47 peratus daripada jangkitan baharu berkenaan dalam kategori 3,4 dan 5.

“27,170 kes (99.53 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, perkembangan terkini jangkitan Covid-19 ini membawa kepada jumlah keseluruhan 3,395,170 kes.

Dr. Noor Hsiham berkata, sebanyak 348 kes positif yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selain 203 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, katanya lagi, sebanyak 22,710 kes  yang telah sembuh pada Sabtu membawa kepada jumlah kumulatif setakat ini 3,063,56.

Tambah beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan tujuh lagi kluster baharu.

“Jumlah kluster, 6,774 kluster yang telah tamat 6,280 kluster dan kluster aktif adalah sebanyak,” katanya.

Sebagai rekod, sebanyak 30,644 kes positif yang direkodkan pada Jumaat.-MalaysiaGazette