Johor state election Mohd. Izhar Ahmad visits The Tent restaurant at Jalan Yahya Awal, Johor Bahru today. politics join UMNO Bersatu political frog
Mohd. Izhar Ahmad visits The Tent restaurant at Jalan Yahya Awal, Johor Bahru today. Mohd. Izhar Ahmad melawat restoran The Tent, di Jalan Yahya Awal,  hari ini.

JOHOR BAHRU – Datuk Mohd. Izhar Ahmad yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini menunggu masa sesuai untuk menyertai UMNO.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor itu berkata, tidak kira UMNO menang atau kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, beliau akan tetap memberi sokongan kepada parti itu kerana UMNO satu-satunya parti politik yang dominan di negara ini.

”Saya akui ia (UMNO) tidak sempurna, tiada mana-mana parti politik yang sempurna tetapi UMNO adalah parti paling lengkap yang mempunyai kekuatan akar umbi yang mana suara mereka didengari kepimpinan atasan.

“Jadi jika mahu tentang mereka, saya tidak rasa itu satu tindakan yang bijak, sekiranya ada kelemahan tidak bermakna kita hancurkan ia, sebaliknya kita tolong perbetulkan dan baiki,” katanya kepada MalaysiaGazette

Beliau tidak memperincikan bila akan menyertai semula.

“Seperti saya katakan, saya menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN), tetapi saya perlu lalui saluran yang betul kerana sekarang ini semua pihak sedang sibuk, jadi biar mereka berjuang dahulu dan saya akan membantu di belakang tabir.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu berkata, beliau meninggalkan Bersatu selepas melihat parti itu tidak menjadi parti berpegang kepada agenda penubuhannya, selain sudah hilang hala tuju.

“Pada hemat saya, Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bukan sahaja gagal membawa parti ke tahap lebih baik, malah tidak berusaha memulihkannya selepas berpisah dengan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam pengumuman baru-baru ini.

Pada PRU14, Mohd Izhar merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, menewaskan calon BN, Datuk Yahya Jaafar dan calon Pas, Zakiah Tukirin dengan majoriti 8,590 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast